Langkau ke kandungan utama

10 Organisasi Kultus Paling Dikenali di Dunia

10 Organisasi Kultus Paling Dikenali di Dunia

Mungkin ramai orang yang masih kurang jelas atau tidak mempunyai sebarang idea tentang apa itu cult atau kultus kerana ia sememangnya sukar ditakrifkan. Definisi dari segi bahasa atau istilah sahaja mungkin cenderung untuk merangkumi skop yang terlalu luas atau terlalu sempit.


Mungkin ramai orang yang masih kurang jelas atau tidak mempunyai sebarang idea tentang apa itu cult atau kultus kerana ia sememangnya sukar ditakrifkan. Definisi dari segi bahasa atau istilah sahaja mungkin cenderung untuk merangkumi skop yang terlalu luas atau terlalu sempit.
Apa yang lebih mengelirukan, tanggapan mengenai kultus berbeza-beza kerana ia adalah bersifat peribadi dan mengikut pendapat masing-masing. Disebabkan banyak kontroversi yang melanda, ramai ahli sosiologi yang enggan menggunakan istilah 'kultus' yang pejoratif.

kultus kumpulan kultus
Sebaliknya, ahli sosiologi sering membicarakan tentang gerakan agama baru (new religious movements, "NRM") yang mencakupi ruang definisi yang lebih luas. NRM berpegang kepada kepercayaan yang lari daripada kebiasaan. Kumpulan ini sering membuat pelbagai tuntutan yang ketat terhadap kehidupan para pengikutnya seperti menyerahkan segala harta benda, kerjaya dan hubungan dengan keluarga agar dapat hidup dalam komuniti bersama pengikut lain.
Kebanyakan gerakan ini mempunyai pemimpin yang berkarisma tinggi, bersifat autoritarian dan dipercayai oleh pengikutnya mempunyai kuasa mukjizat tersendiri. Kebiasaannya, mereka akan membuat pelbagai ramalan berkaitan masa depan dan hari kiamat.
Kita akan terokai 10 antara kumpulan-kumpulan kultus paling terkenal di dunia. Mereka ini dikenali dan mendapat perhatian sama ada atas 'kejayaan' yang ditempa atau berakhir dengan pertumpahan darah yang menakutkan:

14. The Unification Church

The Unification Church pada mulanya dikenali sebagai Holy Spirit Association for the Unification of World Christianity. Ia diasaskan oleh Reverend Sun Myung Moon yang berasal dari Korea Utara.
Reverend Moon mendakwa telah menerima satu bayangan ketika berusia 16 tahun yang dia telah dipilih untuk menyempurnakan misi Christ di bumi. Menurut Moon, Christ telah disalib sebelum sempat menyelesaikan misi untuk berkahwin dan mempunyai zuriat yang sempurna. Sejak itu, Moon mula melihat dirinya sebagai Messiah.
pengasas kultus unification church
Disebabkan ajaran yang bertentangan dengan gereja Presbyteriannya, dia dikucilkan dan telah membangunkan gerejanya sendiri pada tahun 1950-an. Selaku Messiah, Moon mendakwa bahawa pengikutnya hanya boleh diselamatkan melalui kepatuhan kepadanya. Selepas tujuh tahun mengabdikan diri pada Moon, mereka akan mengahwini pasangan yang dipilih olehnya.
Kumpulan agama ini mula dikenali kerana mengadakan upacara perkahwinan besar-besaran di mana Moon mengetuai pernikahan seramai beratus-ratus pasangan pada satu-satu masa.
perkahwinan ratusan pasangan unification church
Pada tahun 70-an, dia memindahkan markas ke New York di mana dia telah berjaya menambah bilangan pengikut baru dan pada masa yang sama telah menimbulkan syak wasangka orang ramai. Kumpulan gerakan anti-kultus mula mendapatkan momentum ketika itu. Dengan bantuan ibu bapa para pengikut, mereka menculik dan "menyahprogram" anak-anak yang telah dibasuh otaknya.
Selain itu, mereka juga cuba untuk memfailkan saman ke atas Moon. Akhirnya, pada tahun 1982, Moon didapati bersalah atas kesalahan lari daripada membayar cukai. Kini, gerakannya itu dikenali sebagai The Family Federation for World Peace and Unification dan dilaporkan masih bergiat aktif. (Independent UK : What is the Unification Church)

3. Rajneeshpuram

Seorang guru dari India, Bhagwan Shree Rajneesh, mengambil pendekatan bukan tradisional dengan kegemarannya untuk berseronok-seronok di dunia. Dia dilaporkan memiliki 93 buah kereta Rolls Royce dan mempromosikan keseronokan hubungan seksual. Walaupun ideologi ini ditolak oleh majoriti masyarakat India, namun Rajneesh memiliki bilangan pengikut yang lebih ramai di Amerika Syarikat dan Eropah.
Dia memulakan jemaahnya di India sekitar tahun 1970-an dengan mendirikan sebuah markas di Pune pada tahun 1974. Namun begitu, dia telah menerima kecaman hebat, dia berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1981 dan telah membeli sebidang tanah di Oregon di mana para pengikutnya membina sebuah bandar sendiri yang dinamakan Rajneeshpuram.
bhagwan shree rajneesh pengasas rajneeshpuram
Seorang wanita bernama Ma Anand Sheela telah membantu dalam penubuhan dan pembinaan Rajneeshpuram lalu diangkat menjadi orang kanan Rajneesh. Lagipun Rajneesh tidak lagi menonjolkan diri untuk berdepan dengan orang ramai, maka Sheelalah yang mengambil alih operasi harian di bandar tersebut.
Pada tahun 1985, Rajneeshpuram mempunyai lebih daripada 2,500 orang penduduk tetapi telah wujud situasi tegang di situ kerana pada tahun sebelumnya, Sheela telah memulakan program "Kongsi Rumah" di mana mereka membawa masuk ribuan gelandangan ke bandar itu supaya dapat mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi untuk mempengaruhi pilihan raya mahkamah Daerah Wasco. Walau bagaimanapun, percubaan mereka menemui kegagalan.
ma anand sheela rajneeshpuram
Sekitar masa yang sama, Sheela dan pemimpin-pemimpin lain komuniti itu telah merancang serangan bio-pengganas pertama dalam sejarah Amerika Syarikat dengan meracun makanan restoran di bandar besar Dalles, Oregon. Mereka telah berjaya meracuni 750 orang dalam usaha mengurangkan populasi pengundi.
Pada tahun 1985, Sheela dan para pemimpin bandar telah melarikan diri dan Rajneesh dihantar pulang ke India atas kesalahan penipuan imigresen. Walaupun dia telah meninggal pada tahun 1990, namun gerakan itu masih diteruskan. (The Conversation : I did research at Rajneeshpuram, and here is what I learned)

2. Children of God

Pada tahun 1960-an, selepas mendengar berita tentang aktiviti penempatan hippie yang besar di Huntington Beach, California, seorang paderi Kristian bernama David Berg berpindah ke sana untuk merekrut anak-anak muda di situ. Kerjanya menjadi mudah kerana mereka tertarik dengan pendekatan yang dibawa oleh Berg.
Pengikut-pengikutnya sanggup melepaskan pekerjaan dan menderma kesemua duit simpanan kepada kumpulan ini semata-mata agar dapat hidup bersama di rumah Berg. Mereka kemudian bersama-sama berpindah ke Arizona apabila Berg mendakwa menerima satu wahyu mengatakan California bakal diserang gempa bumi. Sejak itu, Berg mula digelar "Moses" dan kumpulannya pula dipanggil "The Children of God."
Pada awal-70an, gerakan ini telah merekrut lebih ramai anak muda di seluruh negara. Malah, mereka telah mula membangunkan pusat-pusat di seluruh dunia. Sehingga 1974, ia telah mempunyai lebih daripada 4,000 pengikut di 70 buah negara. Berg menyampaikan ajarannya dengan menulis beberapa siri surat kepada seluruh komuniti. Pada tahun 1978, dia telah menyusun semula organisasi dan menamakannya "The Family."
Walau bagaimanapun, gerakan anti-kultus di Amerika telah menyasarkan kumpulan the Children of God dan ramai ibu bapa kepada ahli yang direkrut telah menculik dan cuba memulihkan anak masing-masing. Isu yang paling menimbulkan kontroversi adalah pandangan progresif Berg terhadap hubungan intim. Dia mempromosikan hubungan seksual secara terbuka dan gemar bereksperimentasi. Ahli-ahli akan memulakan hubungan intim untuk menarik minat ahli baru. Pada penghujung 1980-an, selepas mengalami beberapa masalah berkenaan penyakit kelamin, kumpulan ini akhirnya tidak lagi menggunakan amalan ini.
Walaupun Berg menemui ajal pada tahun 1994, kumpulan yang kini dikenali sebagai "The Family International" ini masih bergiat aktif. (BBC : Children of God)

1. Movement for the Restoration of the Ten Commandments of God (MRTCG)

Diasaskan oleh empat orang bekas paderi Katolik, dua bekas biarawati dan seorang bekas pelacur, MRTCG di Uganda memberi penekanan kepada kepentingan Rukun Sepuluh. Para pemimpinnya yang mendapat bayangan melalui Virgin Mary begitu yakin bahawa Gereja Katolik Roman telah mengabaikan rukun tersebut.
pengasas kultus mrtcg uganda
Selain itu, pemimpin-pemimpin kumpulan ini juga dikhabarkan mendapat ramalan mengenai hari kiamat. Mereka telah meramalkan yang kiamat akan berlaku pada 31 Disember 1999. Jangkaan masa ini telah menyebabkan kesemua ahli berpusu-pusu menjual harta peribadi mereka.
Apabila hari kiamat tidak berlaku pada tarikh tersebut, para pemimpin tersebut segera mengubah ramalan dengan mengatakan yang Virgin Mary akan tiba pada 17 Mac 2000 untuk menyelamatkan golongan beriman serta membawa mereka ke syurga. Masih taksub dengan kepercayaan ini, para pengikut mengadakan pesta besar dan jamuan makan pada 16 Mac. Mereka mengorbankan beberapa ekor lembu malah membeli berkarton-karton minuman Coca-Cola.
movement for the restoration of the ten commandments of god tragedi kultus
Pada 17 Mac, pihak polis mendapati berlaku satu letupan yang menyebabkan kebakaran sehingga beratus-ratus nyawa terkorban. Walaupun siasatan awal menyangka yang ia merupakan suatu upacara bunuh diri beramai-ramai, namun bukti dan penemuan mayat di tapak lain telah mengesahkan bahawa ia sebenarnya adalah kes pembunuhan. Para pemimpin dikatakan telah membunuh para pengikut mereka dengan kejam kerana tidak dapat menjadikan ramalan mereka suatu kenyataan.
Walau bagaimanapun, sehingga kini, tidak dapat disahkan sama ada para pengasas itu turut membunuh diri sendiri atau melarikan diri ke luar negara. (NYTimes : Fateful Meeting Led to Founding of Cult in Uganda)

Ulasan